Saturday, December 26, 2009

Juara futsal 5 sebelah Piala Abdul Hakim.



Jumaat 25/12/2009; Pasukan Kampung Daun Tersembunyi telah menjuarai pertandingan yang julung-julung kali diadakan di Kampung Solok Air Batu. Pasukan yang menang telah membawa pulang Piala pusingan berserta wang RM100.00. Pihak penganjur juga telah merancang akan mengadakan pertanding yang serupa tahun hadapan. Beberapa aksi sepanjang pertandingan. Disamping itu pihak penganjur telah menjemput College Saito untuk memberikan penerangan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM/SPMV.

Pertandingan futsal Piala Abdul Hakim bermula.


Jumaat 25/12/2009: Sebanyak 16 buah pasukan telah menyertai pertandingan futsal 5 sebelah anjuran pemuda UMNO kg solok ayer batu. Kesemua pasukan telah di bahagikan kepada 4 kumpulan dan pertandingan secara liga dijalankan semasa didalam setiap kumpulan. Pertandingan disambung disebelah petang selepas solat jumaat. Semua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan kesefahaman yang bail dalam pasukan. Tuan rumah kg solok air batu telah menghantar 3 pasukan yang terdiri dari Kasi lentum fc; Timah fc dan Pailang fc.

Sunday, December 20, 2009

Undangan ke pertandingan futsal 5 sebelah Pemuda UMNO cawangan Solok Air Batu.


Ahad 20/12/2009: Satu pertandingan futsal akan diadakan di Kg Solok Air Batu, Anjuran Pemuda Umno dengan sokongan dari UMNO cawangan serta dibantu oleh Belia 4B Solok Air Batu. Pertandingan akan diadakan pada 25/12/2009 bermula jam 8 pagi. Juara akan membawa pulang Piala Abdul Hakim dan medal serta wang kemenangan sebanyak RM100.00. Naib juara pula akan membawa pulang RM 75.00 serta medal dan tempat ketiga sebanyak RM 50.00 beserta medal. Setiap pasukan yang ingin menyertai bolehlah berhubung terus dengan Saudara Nazirul (0176364865). Syarat-syarat penyertaan; Umur bawah 25 tahun, yuran peryertaan sebanyak RM5.00 sepasukan; penyertaan dan yuran boleh diserahkan selewat-lewatnya 24/12/2009. Semua pasukan dijemput menyertai pertandingan yang akan diadakan secara liga.

Selamat menyambut maal hijrah kepada semua warga solok air batu


Selamat menyambut Maal Hijrah, moga tahun yang mendatang akan bertambah baik .

Friday, December 11, 2009

Kalender belia 2009


Selasa 8 Dis 2009 - Seramai 6 orang belia telah dihantar untuk menghadiri kursus ICT anjuran Rakan Muda, yang diadakan di Komplek Rakan Muda Alor Gajah. Mereka semua diajar cara-cara untuk membina rangkaian sesawang FACEBOOK dan juga BLOGSPOT. Kursus diadakan selama 2 hari 1 malam. Lebih banyak aktiviti akan diadakan bagi belia solok air batu dimasamasa akan datang.