Saturday, December 26, 2009

Juara futsal 5 sebelah Piala Abdul Hakim.



Jumaat 25/12/2009; Pasukan Kampung Daun Tersembunyi telah menjuarai pertandingan yang julung-julung kali diadakan di Kampung Solok Air Batu. Pasukan yang menang telah membawa pulang Piala pusingan berserta wang RM100.00. Pihak penganjur juga telah merancang akan mengadakan pertanding yang serupa tahun hadapan. Beberapa aksi sepanjang pertandingan. Disamping itu pihak penganjur telah menjemput College Saito untuk memberikan penerangan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM/SPMV.

Pertandingan futsal Piala Abdul Hakim bermula.


Jumaat 25/12/2009: Sebanyak 16 buah pasukan telah menyertai pertandingan futsal 5 sebelah anjuran pemuda UMNO kg solok ayer batu. Kesemua pasukan telah di bahagikan kepada 4 kumpulan dan pertandingan secara liga dijalankan semasa didalam setiap kumpulan. Pertandingan disambung disebelah petang selepas solat jumaat. Semua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan kesefahaman yang bail dalam pasukan. Tuan rumah kg solok air batu telah menghantar 3 pasukan yang terdiri dari Kasi lentum fc; Timah fc dan Pailang fc.

Sunday, December 20, 2009

Undangan ke pertandingan futsal 5 sebelah Pemuda UMNO cawangan Solok Air Batu.


Ahad 20/12/2009: Satu pertandingan futsal akan diadakan di Kg Solok Air Batu, Anjuran Pemuda Umno dengan sokongan dari UMNO cawangan serta dibantu oleh Belia 4B Solok Air Batu. Pertandingan akan diadakan pada 25/12/2009 bermula jam 8 pagi. Juara akan membawa pulang Piala Abdul Hakim dan medal serta wang kemenangan sebanyak RM100.00. Naib juara pula akan membawa pulang RM 75.00 serta medal dan tempat ketiga sebanyak RM 50.00 beserta medal. Setiap pasukan yang ingin menyertai bolehlah berhubung terus dengan Saudara Nazirul (0176364865). Syarat-syarat penyertaan; Umur bawah 25 tahun, yuran peryertaan sebanyak RM5.00 sepasukan; penyertaan dan yuran boleh diserahkan selewat-lewatnya 24/12/2009. Semua pasukan dijemput menyertai pertandingan yang akan diadakan secara liga.

Selamat menyambut maal hijrah kepada semua warga solok air batu


Selamat menyambut Maal Hijrah, moga tahun yang mendatang akan bertambah baik .

Friday, December 11, 2009

Kalender belia 2009


Selasa 8 Dis 2009 - Seramai 6 orang belia telah dihantar untuk menghadiri kursus ICT anjuran Rakan Muda, yang diadakan di Komplek Rakan Muda Alor Gajah. Mereka semua diajar cara-cara untuk membina rangkaian sesawang FACEBOOK dan juga BLOGSPOT. Kursus diadakan selama 2 hari 1 malam. Lebih banyak aktiviti akan diadakan bagi belia solok air batu dimasamasa akan datang.

Saturday, October 24, 2009

Satu kehilangan dan sentiasa dirindui.


Ahad, 18 oktober 2009 - Kekanda Ireen kembali ke rahmatullah pada hari ahad jam 1.30pm. Ucapan terima kasih kepada sanak saudara dan rakan tualan yang bersama-sama mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, jenazah selamat disemadikan pada pukul 10.30pm. Moga allah cucuri rahmat keatas roh kekanda Ireen. Amin.

Selamat jalan dan jangan lupa kami di Kampung Solok Air Batu.


Ahad 18 oktober 2009 - Ucapan terima kasih kepada Dato' wira Abu Seman dan Dato' Iderris kerana sudi untuk bersama-sama Ahli UMNO / JKKK serta penduduk kampung Solok Air Batu bagi meraikan majlis penutup program anak angkat dari UNISEL serta bakal jemaah haji bagi tahun 2009. Dalam ucapan penutup, Dato' wira Abu Seman menyeru supaya lebih banyak aktiviti - aktiviti yang melibatkan kesemua masyarakat kampung diadakan bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Bagi anak-anak angkat selamat jalan diucapkan dan doa dipanjatkan moga selamat dalam perjalanan pulang ke UNISEL, pohon maaf dipinta kiranya ada kekurangan semasa sesi program dijalankan dan moga ikatan ini akan berpanjangan.

Saturday, October 17, 2009

Aktiviti bersama keluarga angkat.


Sabtu, 17 Oktober 2009 - Matlamat dianjurkan Program anak angkat adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang cara kehidupan para penduduk kampung serta semangat kerjasama antara penduduk kampung, sebagai contoh mereka akan didedahkan dengan aktiviti keluarga angkat mereka sebagai punca pendapatan / menambah pendapatan seisi keluarga.

Selamat datang kepada pelajar-pelajar UNISEL ke kampung solok air batu.



Sabtu, 16 Oktober 2009 - Selamat datang kepada kesemua pelajar-pelajar daripada UNISEL seramai 40 orang, Kesemua pelajar telah di bahagi-bahagikan kepada 4 orang sekumpulan dan seramai 10 keluarga telah mengambil bahagian. Beberapa acara telah disediakan daripada membersihkan kawasan kebun bumi hijau hingga malam kebudayaan yang akan di adakan di sebelah malam.

Thursday, October 15, 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan UMNO & JKKK

Sempena bulan ramadhan yang lalu, UMNO dan JKKK Kampung Solok Air Batu, telah mengadakan Majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk Solok Air Batu. Majlis penyampaian telah di sempurnakan oleh pengerusi JKKK solok air batu; En. Mohd Othman, ketua umno solok air batu; En Ab Malek Md Salleh dan YB Dato' Hj Emran Abd Kadir.

Thursday, July 9, 2009

Selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah

9 Julai, Khamis - Ucapan selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah kepada saudara Md Zin.

Sunday, June 21, 2009

Jemputan ke mesyuarat agung tahunan 2009

Dijemput semua ahli UMNO cawangan UMNO Solok Air Batu ke mesyuarat tahunan pada 28/6/2009 (Ahad), bertempat di bilik bacaan cawangan UMNO Solok Air Batu. Pada pukul 2.00 petang.

Saturday, June 6, 2009

Selamat pengantin baru




Sabtu 6 Jun - Selamat pengantin baru kepada Cikgu Suhaida dan pasangannya En. Azman, kedua-dua mempelai telah diraikan dengan bacaan marhaban dari kumpulan marhaban wanita UMNO Solok Air Batu serta paluan kompang Solok Air Batu. Kepada pengantin moga bahagia sehingga ke anak cucu.

Monday, May 25, 2009

Tapak permainan dibaik pulih.



Isnin, 25 Mei - Padang permainan sedang giat dibaik pulih oleh kontraktor anak kampung En. Zamri dan dibantu En. Wira Rasol. Selepas siap padang tersebut akan menyediakan dwi tapak untuk permainan bola tampar dan sepak takraw.

Sunday, May 17, 2009

Yang pergi dan datang


Ahad, 17 Mei : Ucapan tahniah kepada En. Abu Bakar dan isteri kerana dikurniakan seorang putra. Bayi yang masih belum diberi nama cuma dengan panggilan Muhammad Adam selamat dilahir dengan berat 3.2kg. Walaubagaimana pun ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Cikgu Malek Hassan atas kembalinya beliau ke rahmahtullah. Al-fatihah.

Saturday, May 16, 2009

Pertanding Membuat Kerabu.


Sabtu 16 Mei : Sempena Kempen Bumi Hijau; satu pertandingan membuat kerabu bagi kawasan Dun Lendu telah diadakan.

Pertubuhan Kompang Solok Air Batu.


Sabtu 16Mei : Kumpulan Kompang Solok Air Batu yang telah ditubuhkan pada awal tahun ini telah membuat persembahan sulong mereka dihadapan Ketua Menteri Melaka sempena Kempen Bumi Hijau. Mereka yang terdiri daripada anak-anak muda kampung yang berumur dari 8 hingga 18 tahun. Mereka juga sedia menerima tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya. Sebarang tempahan boleh dibuat melalui ketua kumpulan, En Abu Bakar; 0129708618.

YAB Dato' Ali Rustam merasmikan Kempen Bumi Hijau.



Sabtu, 16 Mei : YAB Dato' Ali Rustam telah merasmikan kempen bumi hijau peringkat DUN Lendu, turut sama dalam majlis tersebut Ahli parlimen Masjid Tanah; Dato Wira Abu Seman, bersama-sama kesemua YB dari setiap DUN. Dalam ucapan perasmian, beliau menasihatkan supaya orang ramai mempunyai kesedaran mengenai kebersihan kampung masing-masing. Dalam perasmian tersebut Dato' Ali menumbuk lesung batu sebagai simbol perasmian.

Friday, May 15, 2009

Contoh taman sayuran.




Jumaat, 15 Mei : Salah satu contoh kebun sayur yang telah dijadikan sebuah taman, Salah seorang dari penduduk kampung yang menyertai, mengatakan dengan adanya program sebegini; bukan sahaja boleh mengurangkan perbelanjaan dapur tetapi juga boleh dijadikan hiasan rumah.

Persediaan Akhir "Kempen Bumi Hijau"


Jumaat, 15 Mei : Sempena kempen bumi hijau, orang kampung telah berganding bahu bersama-sama turun padang bagi menjayakan program tersebut.

Tuesday, May 12, 2009

Kempen Bumi Hijau.




Solok Air Batu, 12/5/2009. Lawatan YB. Datuk Ideris bersama-sama dari wakil-wakil agensi yang terlibat dengan kempen bumi hijau pada sabtu; 16/5/2009. Dalam lawatan beliau, teguran diberikan tentang kebersihan serta semak samun yang harus dibersihkan.