Saturday, October 24, 2009

Selamat jalan dan jangan lupa kami di Kampung Solok Air Batu.


Ahad 18 oktober 2009 - Ucapan terima kasih kepada Dato' wira Abu Seman dan Dato' Iderris kerana sudi untuk bersama-sama Ahli UMNO / JKKK serta penduduk kampung Solok Air Batu bagi meraikan majlis penutup program anak angkat dari UNISEL serta bakal jemaah haji bagi tahun 2009. Dalam ucapan penutup, Dato' wira Abu Seman menyeru supaya lebih banyak aktiviti - aktiviti yang melibatkan kesemua masyarakat kampung diadakan bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Bagi anak-anak angkat selamat jalan diucapkan dan doa dipanjatkan moga selamat dalam perjalanan pulang ke UNISEL, pohon maaf dipinta kiranya ada kekurangan semasa sesi program dijalankan dan moga ikatan ini akan berpanjangan.

No comments:

Post a Comment