Ahad, 18 oktober 2009 - Kekanda Ireen kembali ke rahmatullah pada hari ahad jam 1.30pm. Ucapan terima kasih kepada sanak saudara dan rakan tualan yang bersama-sama mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, jenazah selamat disemadikan pada pukul 10.30pm. Moga allah cucuri rahmat keatas roh kekanda Ireen. Amin.
Saturday, October 24, 2009
Selamat jalan dan jangan lupa kami di Kampung Solok Air Batu.
Ahad 18 oktober 2009 - Ucapan terima kasih kepada Dato' wira Abu Seman dan Dato' Iderris kerana sudi untuk bersama-sama Ahli UMNO / JKKK serta penduduk kampung Solok Air Batu bagi meraikan majlis penutup program anak angkat dari UNISEL serta bakal jemaah haji bagi tahun 2009. Dalam ucapan penutup, Dato' wira Abu Seman menyeru supaya lebih banyak aktiviti - aktiviti yang melibatkan kesemua masyarakat kampung diadakan bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan.
Bagi anak-anak angkat selamat jalan diucapkan dan doa dipanjatkan moga selamat dalam perjalanan pulang ke UNISEL, pohon maaf dipinta kiranya ada kekurangan semasa sesi program dijalankan dan moga ikatan ini akan berpanjangan.
Saturday, October 17, 2009
Aktiviti bersama keluarga angkat.
Sabtu, 17 Oktober 2009 - Matlamat dianjurkan Program anak angkat adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang cara kehidupan para penduduk kampung serta semangat kerjasama antara penduduk kampung, sebagai contoh mereka akan didedahkan dengan aktiviti keluarga angkat mereka sebagai punca pendapatan / menambah pendapatan seisi keluarga.
Selamat datang kepada pelajar-pelajar UNISEL ke kampung solok air batu.
Sabtu, 16 Oktober 2009 - Selamat datang kepada kesemua pelajar-pelajar daripada UNISEL seramai 40 orang, Kesemua pelajar telah di bahagi-bahagikan kepada 4 orang sekumpulan dan seramai 10 keluarga telah mengambil bahagian.
Beberapa acara telah disediakan daripada membersihkan kawasan kebun bumi hijau hingga malam kebudayaan yang akan di adakan di sebelah malam.
Thursday, October 15, 2009
Majlis Penyampaian Sumbangan UMNO & JKKK
Sempena bulan ramadhan yang lalu, UMNO dan JKKK Kampung Solok Air Batu, telah mengadakan Majlis penyampaian sumbangan
kepada penduduk Solok Air Batu. Majlis penyampaian telah di sempurnakan oleh pengerusi JKKK solok air batu; En. Mohd Othman,
ketua umno solok air batu; En Ab Malek Md Salleh dan YB Dato' Hj Emran Abd Kadir. 

Subscribe to:
Posts (Atom)